Bayangkan bila niat baik ingn berkongsi tempat mkan menarik akhirnya diri sendiri pula yg dimaki-hamun tak ingat dunia, tntu menyakitkan hati sesiapa sahaja. Satu Malaysia mgkin dh tahu pasal kejadian yg berlaku beberapa hari lalu ni melibatkan Nur Azira Wazi Azman & juga selebriti dikenali, Azwan Ali slepas ianya viral di laman sosial Oh! Media....
#Kejadian bermula apabila Azwan Ali menulis di Twitter'nya yg dia teringin nk mkn Steak utk santapan berbuka puasa hari ini. Nur Azira yg membalas tweet tersebut dgn tulisan "Menate" mendatangkan salah faham pada Azwan Ali yg jelas tidak tahu ianya adalah nama sbuah restoran Steak popular & bkan niat Nur Azira menggelarkannya sebagai "binatang"....
##Azwan Ali terus mengeluarkan kata-kata kesat & maki-hamun berbakul-bakul kepada Nur Azira bagaikan tiada lagi hari esok. Kata-kata seperti "Sundal Bertudung", "Menyalak Real Anjing" & turut menggelarkan Nur Azira sebagai "Neraka" sememangnya satu sifat biadap yg wujud dlm diri Azwan Ali sejak dahulu...
##Nur Azira jelas terkejut dgn respon dr Azwan Ali itu & menjelaskan ianya adalah nama sebuah Steak House. Namun tiada respon memohon maaf & sebagainya keluar dr mulut Azwan Ali sehingga saat ini & hati hitamnya terus mengeluarkan kata-kata kesat (termasuk block) orang ramai yg menegurnya akn hal tersebut....
##Tuah ayam nmpak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu. Hal tersebut turut mendapat perhatian dr pihak Me'nate Steak Hub apabila terbaca tentangnya di Oh! Media & menjemput Nur Azira utk dtg berbuka puasa bersama keluarga di Restoran utama mereka di Ampang Jaya...
##Pemilik restoran Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman semalam apabila Oh! Media tanya apa respon dia tntg apa yg berlaku ni, beliau yg sangat positif hanya menjawab, "Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dgn orang-orang yg positif & orang yg buat kita gembira. Abaikan orang-orang yg tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita. Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau utk jadi insan yg lebih hebat".
##Begitulah kata-kata seorang Master Butcher Chef berusia 62 tahun yg berpengalaman tinggi menjadi tukang masak disegani utk Queen Elizabeth di Buckingham Palace sejak zaman Puteri Diana lagi. Biarpun kini mmiliki beberapa cawangan restoran yg cukup gah buat peminat daging ini di sekitar Kuala Lumpur, tiada satupun kata-kata negatif orang sekeliling yg dapat mengganggu dirinya yg semuanya diterima dgn senyuman kerana menurutnya, cukuplah Allah sentiasa berada di sisi dirinya....
#Oh! Media juga turut diundang utk berbuka puasa bersama-sama. Terima kasih kami ucapkan kpd pihak Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman & semua pekerja mereka yg memberikan layanan & servis yg cukup terbaik (VVIP) kepada pihak Oh! Media & juga kepada Nur Azira sekeluarga...
##Untuk pengetahuan Azwan Ali, setakat Chili's dan Nandos tu semua, itu semua kedai biasa-biasa sahaja. Semua orang boleh masuk kalau nak lagi-lagi yang perasan artis walhal dah sendu tak laku macam awak. Me'nate tu terang-terang jauh lagi tinggi level dia.
Subhanallah
ReplyDelete