Monday, June 29, 2015

Filled Under:

SUSPEK Kes Dera Anak Tiri Tiba-Tiba Mendapat Ramai Peminat Di FACEBOOK !!!



BAGAI pantang wujud isu yang boleh dibuat jenaka..., pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan 'populariti' seorang suspek kes dera....

Hasil tinjauan Sinar Online mendapati lebih dua puluh 'fan page' atau page khas yang menampilkan suspek kes dera tersebut, termasuk menggunakan foto muka dan nama suspek yang sebenar....

Tinjauan juga mendapati ramai pengguna melepaskan rasa marah dan pelbagai carutan kurang enak di page-page tersebut....

Sementara itu, ramai juga yang berpendapat kewujudan page-page berkenaan akan mengeruskan keadaan....

Terdahulu...., pasangan suami isteri yang didakwa mendera Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis...

- Sinar Harian




0 comments:

Post a Comment